Friday, 16 December 2011

Main tapuk-tapuk..

Ketika ini permainan zaman kanak-kanak paling terkenal adalah main tapuk-tapuk atau main sembunyi-sembunyi..permainan ini akan bermula dari kira-kira pukul 2pm dan boleh berlarutan ke senja. Bayangkan kami boleh bersembunyi di dalam belukar berjam-jam lamanya. Tanpa pengetahuan sepupu-sepupu saya, saya telah mencipta satu tempat persembunyian yang sukar dikesan. tempat tersebut merupakan sebuah gua berdekatan tebing sungai.Saya telah mengorek lubang tersebut kira-kira seminggu lamanya dan mereka tidak mengetahuinya. Gua tersebut boleh memuatkan 2 orang budak. Sehinggalah abang sepupu saya namanya Duminik mengetahui perkara ini dan teruk saya kena marah. 'Kalau kamu tertimbun..punya bodoh..' itulah kata-katanya yang masih saya ingat. Akhirnya gua tersebut diruntuhkan kerana bumbungnya sangat nipis dan orang boleh berdiri di atas..hemmm..main tapuk-tapuk punya pasal...

Wednesday, 14 December 2011

Itik Ka tue????!!!

Alkisah...suatu hari saya dan kakak saya Jiah, Umbik dan Lele pergi ke sungai di belakang rumah saja. Itu adalah sekitar tahun 1983 kalau saya tak silap la..Di belakang rumah kami adalah masih lagi hutan-hutan kecil. Ada pokok 'kumpang' atau serupa pokok ara, pokok longan yang tumbuh seperti kayu balak..dan belukar-belukar kecil. Sepanjang tebing sungai yang mengalir lesu dan jernih pula ditumbuhi pokok-pokok 'pesiau' dan 'surinit'. Banyak paku-pakis tumbuh meliar dengan subur di sepanjang sungai. Di sebalik kilauan air dan bebatu sungai..masih saya ingat kelibat ikan 'turengu', ikan 'sumbilang' atau ikan keli dan ikan 'purud'. Semua sumber makanan harian kami boleh diperolehi di sepanjang sungai tersebut. Sungai itu adalah Sungai Lobong. Mama dan bapa masih di sawah..Kakak saya yang paling tua iaitu Jiah membawa kami memetik paku-pakis untuk dimakan mentah-mentah dan dicicah cuka. Makanan ini memang menjadi kegemaran kami. Lagipun pucuk paku-pakis di tepi sungai memang sangat lembut dan lemak. Ketika sedang asyik menuruni tebing sungai..tiba-tiba kakak-kakak saya berteriakan dan berlari pulang memanjat tebing sungai dengan muka ketakutan. Apa lagi saya yang tak tahu apa-apa turut berlari pulang dengan hati yang ketakutan. Ketika itu saya baru berumur dalam 6 tahun. Kami terus mengunci pintu rumah dan semua jendela. Kakak saya Jiah terus demam. Ketika mama saya pulang kakak saya terus menceritaka peristiwa di sungai tadi. Rupa-rupanya ketika sedang asyik memetik pucuk paku-pakis, tiba-tiba kakak saya ternampak seekor itik putih yang sangat cantik sedang berenang-renang di sebalik dedaun pokok-pokok renek yang terjuntai ke sungai. Itik itu kemudian perlahan-lahan berenang menuju ke arah kakak saya Jiah. Ketika itulah dia melihat mata itik itu berubah menjadi merah dan perlahan-lahan menjadi kepala manusia dengan wajah yang mengerunkan...Hemmmm..ini adalah kisah benar terjadi di masa lampau...sampai sekarang saya tertanya-tanya..Itik ka Tue????

Tuesday, 13 December 2011

mama...gatal..!!!

Heee..heee..jan salah sangka. Bukan saya bermaksud mama saya gatal.. tapi saya paling takut angkat padi yang sudah dituai..Geli dengan miang padi. Tapi mama akan marah kalau saya tak kerja. Oya..saya ni anak bongsu dalam 11orang adik-beradik. Saya selalu mengelak kerja. Tapi masa di sawah adalah paling seronok. Boleh minum air kelapa, boleh panjat pokok langsat yang berbuah lebat bila tiba musimnya dan menangkap ikan 'keruk'. Mama dan bapa akan membanting tulang hingga matahari melabuhkan tirainya. Mereka akan duduk berehat sebelum pulang sambil merenung hasil kerja sepanjang hari dengan senyuman yang penuh kepuasan meski keringat mereka entah berapa baldi dah tercurah. Biasanya sebelum pulang, mama akan menyuruh kami memetik pucuk ubi yang muda-muda untuk dibuat lauk. Segalanya fresh dan hijau lemak..kami akan pulang menyanyi-nyanyi dan bapa akan memikul setandan kelapa tua lagi untuk diambil santannya. Hari ini..saya masih geli dengan miang padi, tapi kerinduan bersama mama semasa berada di sawah membuatkan saya seronok sekali-sekala membantu bapa di sawah walaupun kami tidak perlu lagi bersusah-payah seperti dulu. Setiap sudut sawah padi adalah tempat paling menarik di mana mama selalu melabuhkan punggungnya untuk berehat sambil menikmati 'kirai daun'..Hemmm..saya rindukan saat2 manis itu..Terdengar-dengar suara mama memekik...'odoiii..intangai meiie tii parai sangarab-arab nepe karaja zu..!!'

Lumpur itu kotor..tapi...

Bermain-main dengan lumpur yang kotor membawa kami adik-beradik lebih serius bermain lumpur..itulah lumpur sawah...hehehehe..di sini kami bergelumang lumpur menanam padi di bendang..seronok sekali. Seawal pukul 6am, kami akan turun ke sawah sejauh kira-kira 1km. Kami akan bersawah sambil bermain. Kadang-kadang turunlah 'burung-burung itik'. Zaman sekarang tak wujud dah haiwan ni di kampungku..apa lagi, menjadi keseronokan mengejar burung itu sampai padi-padi di sawah tunggang-langgang..apa lagi mama dan bapa akan terjerit-jerit marah namun...maklumla kanak-kanak riang..tak peduli..
Bila tengah hari..bapa akan menyusun daun pisang panjang-panjang..nasi ditumpah di sepanjang daun pisang itu. kami akan duduk berkeliling daun pisang dan makan bersama...berlaukkan ikan sungai di masak kering..dan pucuk paku pakis dan daun ubi yang banyak tumbuh subur merimbun di sekeliling sawah padi...sedap..enak..menyelerakan dan sangat seronok..hemm..DARI LUMPUR YANG KOTOR..KAMI MENJANA MAKANAN UNTUK SETAHUN AKAN DATANG....

Saya bermula dari lumpur kampung...

Seingat saya..masa saya kecil adalah saat-saat yang terindah..zaman di mana segalanya merupakan sebuah dunia kecil yang penuh keriangan..panorama desa yang cantik..tenang dan segalanya bersih..sungai yang jernih..pepohon menghijau..kicauan burung-burung berterbangan di langit, semuanya adalah hiburan yang sangat menyenangkan..
hemmm...paling saya ingat adalah kesukaan menunggang kerbau bersama kakak-kakak dan sepupu-sepupu..apabila sang kerbau berendam di lumpur..maka kami yang menunggangnya akan berteriak-teriak keseronokan..!! Saya suka bermain lumpur...bukan lumpur kotaraya, tetapi lumpur kampung..Kisah saya bermula dengan kisah lumpur yang kotor..