Alkisah...suatu hari saya dan kakak saya Jiah, Umbik dan Lele pergi ke sungai di belakang rumah saja. Itu adalah sekitar tahun 1983 kalau saya tak silap la..Di belakang rumah kami adalah masih lagi hutan-hutan kecil. Ada pokok 'kumpang' atau serupa pokok ara, pokok longan yang tumbuh seperti kayu balak..dan belukar-belukar kecil. Sepanjang tebing sungai yang mengalir lesu dan jernih pula ditumbuhi pokok-pokok 'pesiau' dan 'surinit'. Banyak paku-pakis tumbuh meliar dengan subur di sepanjang sungai. Di sebalik kilauan air dan bebatu sungai..masih saya ingat kelibat ikan 'turengu', ikan 'sumbilang' atau ikan keli dan ikan 'purud'. Semua sumber makanan harian kami boleh diperolehi di sepanjang sungai tersebut. Sungai itu adalah Sungai Lobong. Mama dan bapa masih di sawah..Kakak saya yang paling tua iaitu Jiah membawa kami memetik paku-pakis untuk dimakan mentah-mentah dan dicicah cuka. Makanan ini memang menjadi kegemaran kami. Lagipun pucuk paku-pakis di tepi sungai memang sangat lembut dan lemak. Ketika sedang asyik menuruni tebing sungai..tiba-tiba kakak-kakak saya berteriakan dan berlari pulang memanjat tebing sungai dengan muka ketakutan. Apa lagi saya yang tak tahu apa-apa turut berlari pulang dengan hati yang ketakutan. Ketika itu saya baru berumur dalam 6 tahun. Kami terus mengunci pintu rumah dan semua jendela. Kakak saya Jiah terus demam. Ketika mama saya pulang kakak saya terus menceritaka peristiwa di sungai tadi. Rupa-rupanya ketika sedang asyik memetik pucuk paku-pakis, tiba-tiba kakak saya ternampak seekor itik putih yang sangat cantik sedang berenang-renang di sebalik dedaun pokok-pokok renek yang terjuntai ke sungai. Itik itu kemudian perlahan-lahan berenang menuju ke arah kakak saya Jiah. Ketika itulah dia melihat mata itik itu berubah menjadi merah dan perlahan-lahan menjadi kepala manusia dengan wajah yang mengerunkan...Hemmmm..ini adalah kisah benar terjadi di masa lampau...sampai sekarang saya tertanya-tanya..Itik ka Tue????
No comments:
Post a Comment